Pages

Friday, August 5, 2011

Canvas

Yang ini materialnya canvas bersaiz A3, harganya RM75. Mudah dihandle, boleh lap dengan kain basah dan warna juga tahan lama.


Ada yang mahu hias dinding rumah dengan gambar keluarga atau yang tersayang? Lekas place your order, kalau lambat tak sempat pula nak ditatap masa raya nanti. Selamat Berpuasa!

Friday, July 15, 2011

Rozek Ruzaini's

Rozek sangat brilliant kalau bab seni creative. Saya sangat kagum akan hasil gambarnya yang amat simple tapi mempersona. Saya selalu mahu jadi photographer seperti Rozek tapi sayangnya saya lebih suka beraksi depan kamera. Hahahaha!
Bila saya hebahkan hasil produk terbaru Fifth Avenue, Rozek antara yang pertama memberi respon. Terima kasih Rozek! Kata Rozek, dia mahu lihat hasilnya dahulu... Saya harap Rozek suka!


Saya akan bungkus seperti ini bagi menjamin kualiti bingkai sebelum diserahkan kepada pelanggan.


Saya akan terus cuba memberikan yang lebih cantik.

Papan Gambar Annyss

Saya rasa puas setiap kali melihat photo board siap dibingkaikan. Tambah seronok bila pelangggan memuji! Hehehehe...


Tampahan daripada Annyss saya terima dengan penuh rela, ahaks... Gambar Annyss cantik, posing-posing ala Miss Universe. Annyss nak gambarnya diperbesarkan. Besarrrrr sangat... Saya bercadang nak buat human saiz 5ft ke atas tapi pengsan pulak cik Annyss nak menanggung kosnya nanti. Lagi pula gambar yang diambil dari laman sosial facebook tu bersaiz kecil [dinasihatkan kepada pelanggan-pelanggan lain agar tidak menggambil gambar di facebook yer].

Sudah siap dicetak kemudian diframekan. Inilah hasilnya.





Annyss adalah pelanggan pertama saya! Love u Annysss... Terima kasih kerana menyokong perniagaan saya.

Tuesday, July 5, 2011

Benda Cantik!!!

Saya menulis blog lagi. Ini bukan blog baru sebenarnya... tapi saya lebih suka memberi nafas baru kerana saya mahu buat banyak benda baru. Saya mahu re-fresh semua elemen kehidupan saya.

Cukupppppp! Jap lagi panjang lebar cerita pasal kehidupan. Wink wink!!!

Sebenarnya saya nak share satu perkara, jeng jeng jeng....





Cantik tak? Idea ni saya dapat sebab ada customer yang minta buatkan gambar conference untuk syarikatnya. Tapi saya buat dengan cost yang mahal. Mula-mula saya fikir untuk disimpan lama, harus gunakan canvas... cantik. Saya suka benda yang cantik!



Tetapi bila saya cuba buat frame poster yang ini, saya rasa lagi senang nak handle. Kalau berhabuk boleh lap ngan kain lembab. Poster ini saya dah laminate dengan matte plastic. Hasilnya agak menawan juga lah. Cost juga tidak semahal waktu saya menggunakan canvas.



Saya seronok membuatnya. Mula la saya godek-godek gambar lama untuk diposterkan. Hahahaa! Tapi adakah rumah kecil saya ini akan jadi seperti muzium kalau saya tidak berpada-pada membuat benda baru yang saya suka ini?



Saya tunjukkan pada cik Affa, dia kata cantik dan dia pun nak buat. Sebab saya suka sangat, saya tunjuk pada kawan-kawan lain. Wahhhh, ramai pula yang berminat. Ini peluang baik, saya boleh bisneskan minat saya ni. Lalu sekarang saya mahu pasang strategi. Bagaimana mahu memasarkan benda cantik ini. Jumpa lagi akan datang untuk saya beritahu perkembangan menarik benda cantik terbaru ini.



See ya!